Thursday, January 7, 2010

LAGI KHABAR GEMBIRA BUAT PERMATA UTM

BAS PERCUMA UNTUK SEMUA MAHASISWA/I TERENGGANU

Pada 3 Januari 2010,bertempat di Lapangan Terbang Sultan Ismail(Senai),Presiden Permata UTM,saudara Mohd Faizal Mustafa(gambar) telah mengusulkan cadangan kepada YAB Menteri Besar supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan perkhidmatan bas untuk semua mahasiswa/i Terengganu untuk pulang berhari raya pada Aidilfitri akan datang.


(DI BALAI MENUNGGU LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL,SENAI)

Pada mulanya,YAB Dato Ahmad Said menyatakan Kerajaan Terengganu tidak mempunyai bas yang begitu banyak untuk disediakan kepada Permata UTM.

Presiden Permata UTM akhirnya,mengeluarkan cadangan supaya Kerajaan Terengganu menyewa terus bas daripada Universiti Teknologi Malaysia untuk kebajikan rakan-rakan mahasiswa/i tersebut.Akhirnya,YAB Dato Ahmad Said bersetuju dengan cadangan Presiden Permata tersebut untuk menyewa bas daripada UTM untuk membawa pulang rakan-rakan mahasiswa/i pada Hari Raya Aidilfitri nanti.Cadangan tersebut akan diperincikan oleh pihak Permata UTM memandangkan persetujuan telah diberikan oleh Dato Ahmad .


Sekalung tahniah dan terima kasih buat Presiden Permata UTM

Post by: Unit Multimedia Permata UTM

8 comments:

  1. Terima kasih Peja

    ReplyDelete
  2. Bas raya ciner??
    Tiket bas takdok nih..
    tolong lah faizal

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah...
    terima kasih Tok Mat ngan peja..

    ReplyDelete
  4. ORANG KEMAMAN..

    GANU SOHOR ZAMAN BERZAMAN..
    BUDOK NGERI LAIN JANGAN JELEZZZZZZZ!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. time kaceh bro....

    ReplyDelete
  6. mekasih Yb..
    kijal sekali..
    yeah

    ReplyDelete
  7. GANU KITERRR...

    XCAYE RASE...
    HEBAT BETUL IDEA NIH..
    BIJOK PRESIDEN BUAT CADANGAN..
    INSYAALLAH 100% SOKONG PERMATA UTM!!!!

    ReplyDelete

BUDI BAHASA PEGANGAN PERMATA