Monday, January 25, 2010

ANAK TGANU CALON UMUM PRK UTM

KITA PAKAT UNDI NEH!!!!!


Nama : MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Fakulti : Fakulti Pendidikan, UTM
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Tahun : 3
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu


MANIFESTO
1.Memastikan KEBAJIKAN mahasiswa diutamakan dan setiap permasalahan yang diutarakan mendapat perhatian pemimpin mahasiswa dan pentadbiran universiti. Pada saya, KEBAJIKAN bukan lagi sekadar menyediakan prasarana yang sepatutnya malah perlu didatangkan pada tahap KUALITI TERBAIK dan sesuai dengan keperluan mahasiswa.

2.Berusaha agar PERPADUAN antara kaum sentiasa terpelihara dan ditingkatkan dari masa ke semasa.

3.Memastikan agenda KECEMERLANGAN BUDAYA ILMU melalui forum, dialog, program-program PENDIDIKAN dan kursus kemahiran di perluas dan dilaksanakan secara berkala dalam memberi input dan nilai tambah kepada pengetahuan mahasiswa.
4.Mendepani arus KEPIMPINAN pelajar yang energetik agar hak dan peluang untuk mahasiswa UTM membina SAHSIAH dan KEPERIBADIAN yang murni terus subur di taman-taman ilmu.

5.Membangunkan Model Eknomi Baru Mahasiswa yang diharap dapat dilancarkan pada Mac atau April 2010 akan datang. Diharapkan model ini dapat mengurangkan beban mahasiswa dalam menampung KEPERLUAN KEWANGAN pembelajaran mereka.


DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat sejahtera..
Salam perpaduan..
Dalam usaha untuk melaksanakan isi kandungan manifesto di atas, dokongan dan sokongan daripada anda semua para pengundi amat penting untuk memastikan segala agenda yang terkandung dalam manifesto di atas berjaya untuk dilaksanakan.

Undian daripada anda akan menentukan kemenangan saya sebagai calon umum dalam Pemilihan Perwakilan Pelajar kali ini.
Saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak, bahawa undi anda bukanlah merupakan satu undi yang sia-sia. Saya menyarankan anda semua mengoreksi dan cuma mengenali setiap pemimpin mahasiswa yang bakal anda pilih. Pilihan anda pada 28 Januari akan datang menentukan setahun kepimpinan mahasiswa yang bakal anda tempuhi.

Tolong BERIKAN SAYA UNDI ANDA
PLEASE VOTE FOR ME!
Rayuan Ikhlas,
MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
MAHASISWA 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

BUDI BAHASA PEGANGAN PERMATA